Assalamualaikum..hai-hai..
Masih lagi dalam bulan Syawal kan? So mood raya still lagi kuat dalam diri ini and korang sume kan? Tinggal nak tunggu cuti jek pastu berduyung-duyung pergi open house kawan-kawan, sedara-mara, sepupu sepapat dan lagi2 la..ngeh2 korang tambah sendiri pulak la..
Tapi korang untung la sebab mesti dah banyak rumah korang beraya kan? Makan kuih raya dah ratus2 jenis dah korang sebat kan? Saya? Saya...ermmm..ek..Sob2 ni yang sedih ni nak citer..
Kalau tahun lepas, time ni saya tengah kena heavy morning sickness. Asek duk dalam bilik jek. Bau tu tak bleh, ini tak bleh..Ape tah lagi nak g beraya sana-sani, harammm..Naik kete 5minit jek terus nak pengsan rasanya. Sampai ada la sorang mamat tu majuk sebab asek kena duk rumah tak leh pegi beraya. Ngehngeh..Sapa mamat tu? haha..Apaknya si Aulia la..Laki saya.. En Raimi..Ya ampun ye abang..
Tahun ni pulak, pon sampai laa ni still nan hadoo lagi pegi beraya selain pegi umah uncle si Aulia tu and balik kampung saya kat Terengganu itu hari raya pertama dan kedua. Raya ketiga terus balik KL. Pastu ayah Aulia terus pegi site, tinggal la kami berdua raya bersama kat rumah kami jek..huuuwaaa!!!
Kalau ayah Aulia takde maknanya saya akan jadi seperti orang OKU. Duk rumah jek dengan si kecik ni. Macam mana nak kua, Aulia ni jenis takmau duduk dalam carseat. Nak kena pegang dia layan dia wat aksi. Abes stereng kete sapa nak pegang? Tu belom dia buat aksi ziana zain pulok. Haaa..Terus kena halau kot kat tuan empunya open house kalau saya datang..ngehngeh..So, redha je la duk kat rumah main-main ngan si gudoq ni sampai la saat saya menulis entry ni..sadiss!!
Tahun ni memang buat kuih tunjuk-tunjuk jek. Haha. Ada anak kecik la katakan. Padahal zaman anak dara gegurl dulu pon tak buat jugak. Kureng bakat sikit bab2 kuih raya..ngeh2..malu!
Pape pon tu sume tak bermakna saya tak tau nak share pasal sejenis kuih raya yang memang best, simple n sangat senang nak buat. Popia Nestum aka kuih ulat gonggok. Ni anak buah saya bagi nama. Mana dia dapat nama kuih tu saya pon tak tau. Ngeh-ngeh..
Bahan-bahan:
1. Nestum 3 in 1. Banyak mana bahan ni ikut suka korang. If suka debu2 dia tu korang letakla banyak2 nestum ni.
2. Minyak masak.
3. Kulit popia
4. Telur putih sahaja/ air kosong- sikit je
Nestum 3 in 1
Cara-cara buat:
1. Ambik kulit popia sehelai, gulungkan dan lekatkan gulungan tu dengan menggunakan putih telur dihujung kulit popia supaya gulungan tak terbuka balik. Kalau taknak guna telur putih, guna air pon boleh. Asalkan popia kita tadi melekat.
2. Potong popia yang dah digulung tadi menyerong. Ikut suka korang jgakla nak panjang mane or nak potong senget2 ke bujur2 ke. Ikut tahap kreatif korangla.
3. Ulang langkah no.1& 2 untuk seberapa banyak popia yang korang nak buat & korang larat nak gulung. Dah siap letak tepi dulu kulit popia ni.
4. Untuk debu kuih ni, ambik nestum 3 in 1 tadi seberapa paket yang korang suka. Blend kering bahan ni sampai hancur.
Keluarkan dari blender n letak dalam satu bekas. Ketepikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, goreng kulit popia yang siap digulung dan dipotong tadi sehingga bewarna coklat kekuningan. Cam dalam gambar bawah ni. Eh tapi gambar bawah ni popia nestum yg dah siap. Haha.
Popia nestum aka kuih ulat gonggok. Ngeh2
6. Dah siap goreng kulit tu, toskan sekejap. Then masukkan popia yang digoreng ni ke dalam bekas yang berisi nestum 3 in 1 yang dah diblender tadi. Gaul rata & sedia untuk di makan. Yeayyy.
Sekian dari saya chef mama Aulia. Till next time. Bye-bye.
Salam.
P/s: chef la sangat!ngeh-ngeh.
No comments:
Post a Comment